Hubungan seks yang yang memberi kepuasan kepada dua-dua pihak suami dan isteri bukan sahaja melengkapkan keperluan batin malah dapat juga meningkatkan lagi perasaan kasih sayang dan keharmonian di dalam melayari bahtera rumahtangga. Walau bagaimanapun, tidak semua pasangan suami isteri dapat mengecapi kenikmati hubungan intim dan sedikit sebanyak menjadi penyebab kekeruhan dalam rumahtangga.
Dalam artikel ini kita hanya akan memfokus mengapa seorang suami gagal memberikan kepuasan sepenuhnya kepada pasangannya. Sebenarnya ada beberapa sebab mengapa terjadi kegagalan pihak suami memberikan kepuasan atau membuatkan isterinya mencapai orgasm atau klimaks Dua sebab utamanya adalah seperti berikut:
(1) Kegagalan mencapai ereksi atau mengekalkan ereksi
Kegagalan mencapai ereksi sepenuhnya atau terus dapat mengekalkan ereksi sepanjang berlaku hubungan intim adalah punca utama si isteri gagal merasa nikmat hubungan seks sebenar. Faktor peningkatan usia, tekanan perasaan atau beban kerja yang melampau atau gangguan kesihatan adalah antara penyumbang kepada kejadi kegagalan ereksi baik berlaku sementara, pada waktu-waktu tertentu sahaja atau berlanjutan.
Apabila tiada ereksi atau hanya mencapai ereksi yang lemah dan tidak berkekalan maka sudah pasti penetrasi yang diharapkan isteri tidak memberi kepuasan kepadanya. Banyak petua-petua atau kaedah-kaedah tertentu yang dapat memperbaiki keadaan ini.
(2) Pancutan pra-matang
Kejayaan mencapai ereksi penuh tetapi hanya bertahan beberapa ketika (sesetengahnya tidak sampai 3 minit) dan terus berakhir dengan pancatutan pra-matang adalah penyebab isteri tidak dapat merasa kepuasan sebenar hubungan seks yang mencapai ertikata orgasm atau klimaks. Adalah normal bagi seorang wanita akan mengambil lebih sedikit masa untuk panas dalam permainan asmaranya. Ada banyak sebab-sebab yang menjadi penyumbang kepada masalah pancutan pra-matang seperti gopoh dan tidak dapat mengawal emosi, tidak benar-benar bersedia untuk hubungan seks dan kemungkinan sejarah dan pengalaman silam si suami yang sentiasa tergesa-gesa dalam soal seks. Ada banyak petua, tips dan latihan jasmani yang bersesuaian untuk mengatasi masalah pancutan pra-matang.
Kejayaan mengatasi dua masalah utama di atas amat bermakna dan dapat memberikan kemuncak kepuasan batin kepada isteri.
ATASI MASALAH DI ATAS..KLIK DI SINI
No comments:
Post a Comment